Wednesday, September 26, 2018

Tajuk4 :Program Dan Aplikasi πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡~~~~~~


PROGRAM DAN APLIKASI




PERBEZAAN DIANTARA PROGRAM, PERISIAN DAN APLIKASI



Program adalah merupakan  satu set arahan yang memberitahu komputer untuk membuat sesuatu perkara.
Perisian adalah program dan operasi maklumat yang digunakan oleh komputer. Perisian boleh terdiri daripada lebih daripada satu program.
Aplikasi adalah program ataupun sekumpulan program yang direka untuk pengguna akhir. Aplikasi dan perisian tidak boleh berfungsi dengan sendiri tetapi bergantug kepada sistem perisian.



contoh perisian
contoh aplikasi


Maksud Sistem Operasi

Sistem operasi atau yang juga dikenal dengan istilah Operating System (OS) adalah salah satu perisian  yang bertanggungjawab mengatur atau mengawal  hardware dan menjalankan aplikasi atau software didalam suatu sistem komputer.









 APLIKASI PRODUKTIVITI

Aplikasi yang terpapar di skrin telefon  sangat mempengaruhi cara penggunaannya. Kita perlu pilih aplikasi yang penting untuk kegunaan harian, dan paparkannya di skrin utama. Kebiasaan bagi orang ramai adalah seperti aplikasi e-mel, perancang (planner), dan penyimpan nota (note-taking).
 Manakala bagi aplikasi-aplikasi lain yang banyak memakan masa seperti laman media  sosial, video, dan permainan, asingkan ke dalam fail-fail yang berlainan supaya aplikasi produktiviti dapat diaplikasikan.

                        PENGURUSAN APLIKASI
Notifikasi yang masuk ke dalam paparan telefon anda juga dapat mengganggu kerja kita. Terutamanya notifikasi daripada laman-laman media sosial. Apabila notifikasi ini terpapar di skrin, anda akan membukanya dan mula melayari laman tersebut buat masa yang lama.
Bagi mengelakkan hal ini berlaku, kita  boleh matikan notifikasi yang tidak penting seperti pengumuman media sosial dan permainan, kemas kini aplikasi, dan e-mel yang tidak berkaitan dengan kerja. Jika mahu mendapat tahu akan notifikasi yang penting, anda boleh menukar kepada mod senyap ketika waktu bekerja.








CIRI-CIRI UTAMA APLIKASI DAN MULTIMEDIA GRAFIK

  1. Berkelajuan Tinggi
  2. Mudah digunakan
  3. Mempunyai reka bentuk yang menarik
  4. Mobility



PENGURUSAN DISK

Pengurusan disk adalah daripada pengurusan Microsoft yang membolehkan pengurusan sepenuhnya perkakasan berasaskan cakera yang diiktiraf oleh Microsoft. Selain itu , ia digunakan untuk menguruskan pemacu cakera keras seperti komputer seperti pemacu cakera optik dan pemacu denyar.

                                                                  contoh pengurusan cakera
.


contoh securitytools






SECURITY TOOLS
securitytools dapat menjangkau komputer apabila penggunan mengakses laman web tertentu yang memaparkan sepanduk atau tingkap pop yang mengarah muat turun sesebuah program. Ia juga boleh mengandungi fail atau pautan yang berkaitan yang dihantar oleh Microsoft , Facebook dan lain-lain.

PERBEZAAN HACKER DAN CRACKER.














Saturday, September 22, 2018

Tajuk 3: Penerokaan Terhadap Komputer ~~~~😍

KOMPUTER DAN PERANTI MUDAH ALIH.

Setiap alat elektronik mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang berbeza mengikut peranan masing-masing.

Mari kita kenali fungsi dan ciri-ciri komputer dan peranti mudah alih ini!!!😻😻😻





Desktop komputer merupakan komputer peribadi yang sesuai diletakkan diatas meja.Ia terdiri daripada monitor,papan kekunci,tetikus dan mempunyai bentuk sama ada mendatar atau menegak.



Komputer riba dihasilkan oleh pengeluar mempunyai batteri yang lebih kecil berbanding beg bimbit  untuk membolehkan ia dibawa dan digunakan di mana-mana tempat sementara kerana lebih ringan.



Tablet merupakan komputer peribadi tanpa  wayar, mudah alih dan mempunyai skrin sentuh Bentuk tablet biasanya lebih kecil daripada komputer riba tetapi lebih besar daripada telefon bimbit. 



Handheld komputer merupakan komputer mini yang mempunyai saiz yang lebih kecil dan kompak serta mudah untuk dibawa kemana sahaja. Peranti ini meningkatkan ketepatan dan kecekapan kerja ketika perkerja ketika perkerja sedang sibuk.


                                                                      
                                                                           SERVER

Server merupakan komputer yang menyimpan fail yang boleh diakses oleh komputer lain. Fail server lazimnya digunakan menerusi rangkai tempatan dan memerlukan kata laluan dan sebarang pengesahan untuk berhubung.


 Rack Server:
 RacServer adalah komputer yang dipasang pada rak peralatan pada lebar 19 inci.saiz server rack pada hari ini adalah 1U atau 1 3/4 tinggi. Ia mempunyai dua bekalan kuasa, NIC Ethernet dan mepunyai processor server. Ini adalah Xeons atau Opterons yang mempunyai boleh membetulkan ralat dan mmpunyai banyak teras. Penyimpanan data dapat dibuat secara setempat dan dilampirkan melalui saluran iSCI atau serat.



Blazer server
Blazer server merupakan kad plug-in ke chassis yang lebih besar. Terdapat sedozen atau lebih didalam casis. Casis mempunyai pelbagai bekalan kuasa dan pelbagai rangkaian serta sambungan storan. Terdapat logik dalam Casis untuk mengedarkan sambungan rangkaian.Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan  Rack server.



Tower server
Tower server merupakan merupakn komputer yang di pasang pada desktop. Ia diletakkan ditepi rack. Tower server kurang piawaian kerana boleh dijadikan PC Desktop biasa yang ditekan dalam perkhidmatan  atau kualiti sistem Server.




Contoh-contoh Terminal
PERANTI MUDAH ALIH
-digital kamera merupakan peranti mudah alih yang digunakkan untuk menangkap gambar dan menyimpan imej dalam bentuk digital
Telefon bimbit merupakan peranti elektronik yang mempunyai sambungan terhadap internet dan mempunyai banyak aplikasi seperti kalkulator , kalendar dan dijadikan alat komunikasi untuk saling berhubung antara satu sama lain.
PORT DAN SAMBUNGAN
Pada peranti komputer dan telekomunikasi, port dan sambungan (kata benda) biasanya merupakan tempat khusus untuk disambungkan secara fizikal ke beberapa peranti lain, biasanya dengan soket dan palam beberapa jenis. Biasanya, komputer peribadi disediakan dengan satu atau lebih port siri dan biasanya satu port
selari.
KEBIMBANGAN SEWAKTU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
-sudut penglihatan pada skrin mestilah pada 20 darjah.
-jarak berukuran 18-20 inci
-kaki mestilah rata di atas lantai
-gunakan kerusi yang mempunyai 6-8 kaki untuk lebih stabil
-tinggi papan kekunci 23-28 inci mengikut kesesuaian pengguna
-siku diletakkan pada sudut 90 drjah dan tangan diletakkan selari dengan papn kekunci.






    




                                       







Tuesday, September 11, 2018

Tajuk 2 : Internet ~~:)

Internet

Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap komputer dan jaringan terhubung secara langsung  mahupun tidak langsung ke beberapa jalur utama yang disebut internet backbone dan dibezakan  satu dengan yang lainnya dengan menggunakkan unique name yang biasa disebut dengan alamat IP 32 bit.



Evolusi perkembangan Internet~~~~

Berikut merupakan trend perkembangan Internet


- Internet pada asalnya dikenali sebagai ARPANET pada September 1969 dan mempunyai 2 tujuan utama iaitu:
                1   -memboleh kan sainstis yang berada di lokasi yang berbeza untuk saling berhubung                               antara satu sama lain untuk berkongsi pengetahuan.
                 2  -komunikasi masih boleh  berfungsi walaupun rangkaian tidak aktif ataupun musnah                            oleh bencana alam

1969: ARPANET berfungsi
1984: ARPANET mempunyai lebih dari 1000 computer individu yang berhubung sebagai host.
Sekarang: Jutaan komputer telah berhubung dengan Internet.




Berhubung Dengan Rangkaian Internet

Untuk berhubung dengan Internet- komputer perlu bersambung secara terus dengan kable alat                                                                     komunikasi
                                                       - komputer tanpa alat komunikasi boleh menggunakkan moden                                                                  tanpa wayar.


Kini terdapat banyak pusat-pusat komputer yang menyediakan perkhidmatan Internet untuk pengguna berhubung antara satu sama lain menggunakkan Internet.



Berikut merupakan aliran komunikasi Internet.


Syarikat yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia lazimnya adalah:

-TM
-Unifi
-Celcom
-Maxis

Setiap syarikat rangkaian menyediakan pakej yang menarik dan berbaloi bagi pelanggan melanggani perkhidmatan mereka.





Berikut menunjukkan jalur lebar melibatkan kawasan domestik.



(a) Jenis-jenis Rangkaian Komunikasi
Terdapat tiga rangkaian komunikasi yang utama iaitu
1.   WAN (Wide Area Network) - untuk jarak yang jauh,
2.   MAN (Metropolitan Area Network) untuk rangkaian kawasan bandar
3.   LAN (Local Area Network) untuk rangkaian yang dekat; dalam satu bangunan atau menghubungkan satu-dua bangunan yang dekat.


 Alamat IP(IP Address)
-suatu identiti nombor  yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, router atau printer yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan internet protocol sebagai sarana komunikasi.

Domain name
-adalah teks yang berasaskan nama yang sepadan dengan alamat IP ( IP address)

Penghubung DNS( DNS server)
-digunakan sebagai pentaksir Domain name kepada pengkait IP Address..




Berikut merupakan Domain yang paling popular dengan laman yang paling banyak dicari




Berikut merupakan aliran semasa pengguna menggunakan 'web server' untuk mencari sesuatu menggunakan internet.




WORLD WIDE WEB
-merupakan rangkaian atas talian yang diformat dalam HTML dan boleh diakses melalui HTTP.  Istilah ini merujuk saling berkaitan dengan laman HTML yang boleh diakses menerusi Internet.

Kenali WWW
-Browser : aplikasi yang membolehkan pengunanya dengan dengan bantuan Internet untuk untuk menggunakan agen carian menggunakan komputer riba dan telefon bimbit.
-Laman Utama: laman pertama yang dipaparkan oleh  laman web



JENIS-JENIS LAMAN WEB

Laman web ialah dokumen elektronik  dalam Jaringan Sejagat yang boleh mengandungi teks,grafik,imej,bunyi,video dan pautan ke dokumen atau tapak web lain.
  - Terdapat pelbagai jenis laman web dalam Internet,seperti

1) laman web organisasi,


2) laman web peribadi,



 
3) laman web komersial,


4) laman web hiburan,


5) laman web berita 


6) laman web sosial




SERVIS INTERNET YANG BOLEH DIGUNAKAN
-emel
-mesej segera (IM)
-Ruang sembang(chat room)
-Viber, Whatapps, Skype
-FTP( file transfer protocol)













Tuesday, September 4, 2018

Tajuk 1 (Literasi terhadap komputer )

Tajuk 1 (literasi terhadap komputer)↝↝↝↝

Apa itu literasi terhadap komputer?
-Komputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data itu untuk dijadikan maklumat yang bermakna (output) dan menyimpankannya (dalam storan sekunder) untuk keselamatan atau untuk kegunaan seterusnya.
-Mana-mana komputer dalam dunia ini boleh dihubungkan menggunakan kemudahan komunikasi.  Oleh itu gabungan komputer dan komunikasi iaitu telekomunikasi dapat memberikan manfaat dan menolong pengguna untuk mencapai kepada maklumat terkini (online information) seperti perbankkan dll.  Oleh itu telekomunikasi secara ringkasnya adalah transmisi data dari satu peranti (device) kepada satu peranti (device) di dalam lokasi yang berbeza.


Terdapat pelbagai jenis komputer yang telah dihasilkan pleh pengeluar alatan elektronik yg terdiri
 daripada pelbagai jenama seperti:

Apple:
Samsung:
Acer:



HP:
dan etc..........



Dalam subjek MKA 2013 , para pelajar didedahkan dengan pengenalan semua komponen, sistem dan aplikasi yang terdapat didalam alat elektronik .

Data & informasi


-  Prosessor
Prosessor mempunyai litar elektronik yang boleh memanipulasi data yang diinput tadi kepada maklumat  yang dikehendaki.  Unit ini sebenarnya mengeluarkan arahan-  arahan komputer.
Kita tahu bahawa CPU adalah satu set litar elektronik  lengkap yang kompleks yang dapat menjalankan arahan-arahan program.  CPU mempunyai 2 bahagian iaitu : unit pengawalan dan unit logik ( arithmetic/logic units ).
CPU bertindakbalas rapat dengan storan primer atau ingatan.  Ingatan adalah sebahagian  daripada komputer yang menyimpan sementara data dan arahan-arahan sebelum dan selepas data dan arahan itu diproses oleh unit logik (arithmetic/logic units).  Ingatan juga dikenali sebagai storan primer (primary storage), ingatan primer (primary memory), storan induk (main storage), storan dalaman (internal storage) dan ingatan induk (main memory).
Ciri utama ingatan adalah ia membenarkan capaian yang cepat terhadap arahan dan data.  Komputer boleh menjalankan arahan-arahan dengan cepat. 

 Komputer adalah set mesin yang kompleks, tetapi mesin ini pada asasnya boleh mengenali dua benda iaitu ‘on’ dan ‘off’.  Sistem  on/off ini dikenali sebagai sistem binari (binary).  Dengan dua cara ini yang diwakilkan dari on dan off  elektrik,  komputer boleh membentuk cara-cara yang sophisticated dalam mewakili data.


-Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses  tadi, iaitu maklumat.  Ia terhasil dalam  bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.


-Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses  tadi, iaitu maklumat.  Ia terhasil dalam  bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.

- Storan
Storan ini boleh menyimpan data dan program-program di luar komputer itu sendiri.   Dalam menyimpan  data, storan ini memerlukan ingatan.

 -Papan induk

Banyak chip komputer peribadi dikembarkan kepada papan ibu atau papan induk (motherboard).  Papan induk adalah satu papan yang leper (flat board) yang terdapat di dalam kotak komputer peribadi (casing) atau unit sistem.


                           
                                    -Berikut merupakan media yang digunakan untuk menyimpan data

                                                                   



                                                                  INTERNET



Dengan adanya rangkaian internet kita dapat berhubung dengan sesiapa saja , dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu dengan mudah .


        
                                                                                 

                                  Berikut merupakan aplikasi yang memerlukan internet untuk berfungsi.

-Aplikasi yang memerlukan internet dengan menggunakan browser adalah berbeza dengan aplikasi desktop biasa.Hal ini kerana aplikasi dekstop dapat digunakan secara sendiri tanpa memerlukan sambungan daripada internet.
-Aplikasi didalam dekstop perlu diinstal terlebih dahuu di dalam komputer manakala aplikasi internet tidak perlu diinstal.
-Aplikasi web dijadikan sebagai pilihan para peniaga untuk menjual barangan mereka kerana mudah untuk di log masuk dan boleh direka dengan kreatif untuk menarik perhatian pembeli.



Aplikasi web
Aplikasi dekstop
+ Dapat digunakan dimanapun pada bila-bila masa, tanpa perlu diinstal pada peranti elektronik.
+ Tidak memerlukan lesen kerana lesen sudah menjadi tanggungjawab oleh aplikasi web tersebut.
+ Dapat diakses melalui banyak media seperti: computer, smarphone, tablet, dll.
+ Tidak perlu speci computer yang tinggi.

-perlu sambungan internet.
- perlu system keselamatan (security) yang baik kerana aplikasi dijalankan secara terpusat atau central dengan server.
- Kerana memakai server, kalau server pusat lagi offline atau down, maka system aplikasi tidak boleh digunakan .

+ Independen dan boleh digunakan tanpa browser.
+ Tidak perlu sambungan internet, kerana semua file yang diperlukan untuk menjalankan aplikasinya sudah terinstall.
+ Setting lebih mudah.
+ Kerana tidak memerlukan sambungan internet, prosesnya lebih cepat. Ini juga kerana spec computer berpengaruhi.

- mesti diinstall dulu.
- Memerlukan lesen. Baik untuk setiap komputer atau setiap user.
- Aplikasi tidak boleh dijalankan jika belum diinstall.
-memerlukan spec komputer yang lebih tinggi.







-Pangkalan Data Digital Dan Keselamatan
Pangkalan data adalah satu koleksi fail-fail yang berkaitan yang telah disediakan dan di susun dengan sempurna. Database Management System (DBMS) pula adalah perisian-perisian yang mencipta, mengurus, melindung dan menyediakan capaian kepada pangkalan data tersebut.
Kelebihan pangkalan data adalah ia dapat mengurangkan pengulangan, mengintegrasikan data dan mempunyai integriti (kebolehpercayaan)  Satu pangkalan data boleh menyimpan data yang mempunyai hubungan (data relationships) supaya fail-fail itu boleh diintegrasikan. Cara pangkalan data menyusun data terpulang kepada jenis atau model pangkalan data itu.
Ada 3 model utama pangkalan data iaitu :– ‘hierarchical, network dan relational’.
‘Hierarchical’ dan ‘network’ database lazimnya digunakan dengan mainframes dan mini computers.
‘Relational database’ digunakan oleh komputer peribadi dan juga mainframes.
Pangkalan data relational akan menyusun data dalam bentuk jadual yang mengandungi lajur dan baris.  Satu lokasi dalam jadual mengandungi satu item data.  Satu lajur mewakili medan (field) yang mengandungi item data. Satu set penuh data dalam baris dipanggil satu rekod.  Rekod-rekod yang berkaitan disebut satu file.  Dalam pangkalan data relational, satu file juga disebut  sebagai satu hubungan (relation).

                                               
                                                       TEKNOLOGI MAKLUMAT
                                                                             &
                                                                 KELEBIHANNYA


--Teknologi maklumat adalah perkakas dan perisian yang dapat melaksanakan sistem maklumat itu.  Perkakasan dan perisian itu dapat melaksanakan atau  menjalankan tugasan prosesan data,  seperti  mengambil, memindah, menyimpan, memanggil semula, manipulasi data dan mempamirkan data atau maklumat itu.  Perkakasan adalah peranti (devices) dan lain-lain bahagian dan bentuk fizikal yang melibatkan maklumat itu seperti komputer, work station ( stesen kerja) rangkaian fizikal (physical network), storage  data dan peranti transmisi (transmission devices).  
--Perisian adalah program-program komputer yang dapat menterjemahkan input dari pengguna dan mengarahkan perkakasan apa yang perlu dilakukan.  Perisian termasuklah sistem operasi (OS),perisian aplikasi (enduser software) seperti pemprosesan perkataan dan perisian aplikasi yang berhubung dengan tugasan perniagaan seperti merakamkan transaksi (transactions) kad kredit ataupun mereka bentuk kenderaan.