Tuesday, September 4, 2018

Tajuk 1 (Literasi terhadap komputer )

Tajuk 1 (literasi terhadap komputer)↝↝↝↝

Apa itu literasi terhadap komputer?
-Komputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data itu untuk dijadikan maklumat yang bermakna (output) dan menyimpankannya (dalam storan sekunder) untuk keselamatan atau untuk kegunaan seterusnya.
-Mana-mana komputer dalam dunia ini boleh dihubungkan menggunakan kemudahan komunikasi.  Oleh itu gabungan komputer dan komunikasi iaitu telekomunikasi dapat memberikan manfaat dan menolong pengguna untuk mencapai kepada maklumat terkini (online information) seperti perbankkan dll.  Oleh itu telekomunikasi secara ringkasnya adalah transmisi data dari satu peranti (device) kepada satu peranti (device) di dalam lokasi yang berbeza.


Terdapat pelbagai jenis komputer yang telah dihasilkan pleh pengeluar alatan elektronik yg terdiri
 daripada pelbagai jenama seperti:

Apple:
Samsung:
Acer:



HP:
dan etc..........



Dalam subjek MKA 2013 , para pelajar didedahkan dengan pengenalan semua komponen, sistem dan aplikasi yang terdapat didalam alat elektronik .

Data & informasi


-  Prosessor
Prosessor mempunyai litar elektronik yang boleh memanipulasi data yang diinput tadi kepada maklumat  yang dikehendaki.  Unit ini sebenarnya mengeluarkan arahan-  arahan komputer.
Kita tahu bahawa CPU adalah satu set litar elektronik  lengkap yang kompleks yang dapat menjalankan arahan-arahan program.  CPU mempunyai 2 bahagian iaitu : unit pengawalan dan unit logik ( arithmetic/logic units ).
CPU bertindakbalas rapat dengan storan primer atau ingatan.  Ingatan adalah sebahagian  daripada komputer yang menyimpan sementara data dan arahan-arahan sebelum dan selepas data dan arahan itu diproses oleh unit logik (arithmetic/logic units).  Ingatan juga dikenali sebagai storan primer (primary storage), ingatan primer (primary memory), storan induk (main storage), storan dalaman (internal storage) dan ingatan induk (main memory).
Ciri utama ingatan adalah ia membenarkan capaian yang cepat terhadap arahan dan data.  Komputer boleh menjalankan arahan-arahan dengan cepat. 

 Komputer adalah set mesin yang kompleks, tetapi mesin ini pada asasnya boleh mengenali dua benda iaitu ‘on’ dan ‘off’.  Sistem  on/off ini dikenali sebagai sistem binari (binary).  Dengan dua cara ini yang diwakilkan dari on dan off  elektrik,  komputer boleh membentuk cara-cara yang sophisticated dalam mewakili data.


-Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses  tadi, iaitu maklumat.  Ia terhasil dalam  bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.


-Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses  tadi, iaitu maklumat.  Ia terhasil dalam  bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.

- Storan
Storan ini boleh menyimpan data dan program-program di luar komputer itu sendiri.   Dalam menyimpan  data, storan ini memerlukan ingatan.

 -Papan induk

Banyak chip komputer peribadi dikembarkan kepada papan ibu atau papan induk (motherboard).  Papan induk adalah satu papan yang leper (flat board) yang terdapat di dalam kotak komputer peribadi (casing) atau unit sistem.


                           
                                    -Berikut merupakan media yang digunakan untuk menyimpan data

                                                                   



                                                                  INTERNET



Dengan adanya rangkaian internet kita dapat berhubung dengan sesiapa saja , dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu dengan mudah .


        
                                                                                 

                                  Berikut merupakan aplikasi yang memerlukan internet untuk berfungsi.

-Aplikasi yang memerlukan internet dengan menggunakan browser adalah berbeza dengan aplikasi desktop biasa.Hal ini kerana aplikasi dekstop dapat digunakan secara sendiri tanpa memerlukan sambungan daripada internet.
-Aplikasi didalam dekstop perlu diinstal terlebih dahuu di dalam komputer manakala aplikasi internet tidak perlu diinstal.
-Aplikasi web dijadikan sebagai pilihan para peniaga untuk menjual barangan mereka kerana mudah untuk di log masuk dan boleh direka dengan kreatif untuk menarik perhatian pembeli.



Aplikasi web
Aplikasi dekstop
+ Dapat digunakan dimanapun pada bila-bila masa, tanpa perlu diinstal pada peranti elektronik.
+ Tidak memerlukan lesen kerana lesen sudah menjadi tanggungjawab oleh aplikasi web tersebut.
+ Dapat diakses melalui banyak media seperti: computer, smarphone, tablet, dll.
+ Tidak perlu speci computer yang tinggi.

-perlu sambungan internet.
- perlu system keselamatan (security) yang baik kerana aplikasi dijalankan secara terpusat atau central dengan server.
- Kerana memakai server, kalau server pusat lagi offline atau down, maka system aplikasi tidak boleh digunakan .

+ Independen dan boleh digunakan tanpa browser.
+ Tidak perlu sambungan internet, kerana semua file yang diperlukan untuk menjalankan aplikasinya sudah terinstall.
+ Setting lebih mudah.
+ Kerana tidak memerlukan sambungan internet, prosesnya lebih cepat. Ini juga kerana spec computer berpengaruhi.

- mesti diinstall dulu.
- Memerlukan lesen. Baik untuk setiap komputer atau setiap user.
- Aplikasi tidak boleh dijalankan jika belum diinstall.
-memerlukan spec komputer yang lebih tinggi.







-Pangkalan Data Digital Dan Keselamatan
Pangkalan data adalah satu koleksi fail-fail yang berkaitan yang telah disediakan dan di susun dengan sempurna. Database Management System (DBMS) pula adalah perisian-perisian yang mencipta, mengurus, melindung dan menyediakan capaian kepada pangkalan data tersebut.
Kelebihan pangkalan data adalah ia dapat mengurangkan pengulangan, mengintegrasikan data dan mempunyai integriti (kebolehpercayaan)  Satu pangkalan data boleh menyimpan data yang mempunyai hubungan (data relationships) supaya fail-fail itu boleh diintegrasikan. Cara pangkalan data menyusun data terpulang kepada jenis atau model pangkalan data itu.
Ada 3 model utama pangkalan data iaitu :– ‘hierarchical, network dan relational’.
‘Hierarchical’ dan ‘network’ database lazimnya digunakan dengan mainframes dan mini computers.
‘Relational database’ digunakan oleh komputer peribadi dan juga mainframes.
Pangkalan data relational akan menyusun data dalam bentuk jadual yang mengandungi lajur dan baris.  Satu lokasi dalam jadual mengandungi satu item data.  Satu lajur mewakili medan (field) yang mengandungi item data. Satu set penuh data dalam baris dipanggil satu rekod.  Rekod-rekod yang berkaitan disebut satu file.  Dalam pangkalan data relational, satu file juga disebut  sebagai satu hubungan (relation).

                                               
                                                       TEKNOLOGI MAKLUMAT
                                                                             &
                                                                 KELEBIHANNYA


--Teknologi maklumat adalah perkakas dan perisian yang dapat melaksanakan sistem maklumat itu.  Perkakasan dan perisian itu dapat melaksanakan atau  menjalankan tugasan prosesan data,  seperti  mengambil, memindah, menyimpan, memanggil semula, manipulasi data dan mempamirkan data atau maklumat itu.  Perkakasan adalah peranti (devices) dan lain-lain bahagian dan bentuk fizikal yang melibatkan maklumat itu seperti komputer, work station ( stesen kerja) rangkaian fizikal (physical network), storage  data dan peranti transmisi (transmission devices).  
--Perisian adalah program-program komputer yang dapat menterjemahkan input dari pengguna dan mengarahkan perkakasan apa yang perlu dilakukan.  Perisian termasuklah sistem operasi (OS),perisian aplikasi (enduser software) seperti pemprosesan perkataan dan perisian aplikasi yang berhubung dengan tugasan perniagaan seperti merakamkan transaksi (transactions) kad kredit ataupun mereka bentuk kenderaan.



No comments:

Post a Comment